Sunday, April 13, 2014

Program Qiamullalil 2014


Satu lagi program kerohanian anjuran Akademi Gading akan diadakan pada Jumaat, 11 April 2014,  iaitu Qiamullail 2014 bertujuan bagi bermunajat kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala usaha dan perancangan lebih-lebih lagi kepada pelajar peperiksaan 2014 pada hujung tahun ini. Alhamdulillah program disertai hampir 30 pelajar putera Akademi Gading diketuai Pengarah Akademi Gading En. Azman dan dibantu salah seorang guru iaitu Cikgu Ariff.



Program bermula jam 11.00 malam dengan Bacaan Yasin, Tazkirah ringkas oleh En. Azman dan minum malam. Pelajar-pelajar diajar juga adap tidor dan panduan mudah bangun malam untuk beribadah kepada Allah SWT. Program Qiam bermula jam 4.30 pagi dengan dimulai zikir2 munajat, Solat Tahajjud, Solat Taubah, Solat Hajat dan Solat Tasbih. Diikuti Solat Subuh berjemaah dan Takzirah Subuh oleh Cikgu Arif. 



Majlis bersurai jam 7.30 pagi. Terima kasih kepada semua pelajar terlibat, ibubapa yang memberi kebenaran dan sudi menghantar serta pihak pengurusan BHP Sungai Plong atas sumbangan 3 karten air mineral.







No comments:

Post a Comment