Wednesday, April 8, 2009

MAKLUMAT KEMASUKAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Syarat Kemasukan:
PENCALONAN PELAJAR KE TINGKATAN SATU (1)
Syarat Pemilihan: 1) Warganegara Malaysia. 2) Pelajar Sekolah Kebangsaan sahaja. 3) Berminat memasuki sekolah Berasrama Penuh. 4) Aktif dalam kokurikulum. 5) Mencapai 5A atau 4A 1B dalam UPSR (Matematik dan Sains mesti gred A). 6) Dicalonkan oleh Jawatankuasa Pencalonan Sekolah. 7) Disahkan oleh Jawatankuasa Pengesahan Pencalonan.PENCALONAN PELAJAR KE

TINGKATAN EMPAT (4)Syarat Pemilihan
Syarat: 1) Warganegara Malaysia. 2) Pelajar Sekolah Bantuan Penuh atau Bantuan Kerajaan.
3) Aktif dalam Kokurikulum.

Kelayakan akademik seperti berikut:
Sekurang-kurangnya gred A bagi 6 mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Asing / Bahasa Antarabangsa.
Mendapat gred B dalam mata pelajaran yang lain

Untuk ke Tingkatan 4 Aliran Agama / Sains Agama, pemohon hendaklah memperolehi gred A bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab KomunikasiBORANGBorang Pencalonan (Tingkatan 1) dan Borang Permohonan (Tingkatan 4) boleh diperoleh secara percuma di sekolah masing-masing. Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran tidak menyediakan sebarang borang bagi tujuan pencalonan dan permohonan tersebut.PROSEDUR PENCALONAN PELAJAR TINGKATAN SATU (1)
Jawatankuasa Pencalonan Sekolah mencalonkan murid Tahun 6 menggunakan borang A/SST1 dan B/SST1

Guru Besar menghantar Borang A/SST1 dan B/SST1 ke JPN/PPD/PPG
Jawatankuasa Pengesahan Pencalonan JPN/PPD/PPG membuat pengesahan pencalonan
Borang A/SST1 dan B/SST1 yang telah disahkan disimpan oleh JPN/PPD/PPG
Borang A/SST1 diserahkan kepada JK Pelaksana Pencalonan Secara Online yang diketuai oleh Pegawai Data JPN/PPD/PPG
JK Pelaksana Pencalonan Secara Online ‘key in’ data melalui Sistem Pencalonan Dalam Talian (SPDT) dan mencetak Akuan Penerimaan Permohonan (APP)
Borang A/SST1 dan Salinan APP disimpan di JPN/PPD/PPG sebagai rekod
Keputusan UPSR dikeluarkan

Pemilihan dan Penempatan Pelajar diumumkan – boleh semak melalui on-line :
e-rayuan dibuka
Pendaftaran Pelajar Ambilan 1
Pendaftaran Pelajar Ambilan 2Rayuan ke tingkatan 1 boleh dibuat secara:
e-rayuan melalui laman web KPM selepas tawaran ambilan 1 diumumkan
Menulis surat berserta salinan sijil lahir dan salinan sijil-sijil pencapaian tertinggi kokurikulum kepada Pengarah Bahagian Sekolah KPM

PROSEDUR PERMOHONAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT (4)
Dapatkan Borang Permohonan A/SST4 ke Tingkatan 4 dari JPN/PPD/PPG atau sekolah
Penuhkan Borang Permohonan A/SST4 ke Tingkatan 4 dan hantar kepada Pengetua
Pengetua membuat perakuan maklumat dalam Borang Permohonan A/SST4 ke Tingkatan 4
Pihak sekolah (Pengetua) menghantar Borang Permohonan A/SST4 ke Tingkatan 4 dan Senarai Pemohon kepada JPN/PPD/PPG untuk tujuan pengesahan
JPN/PPD/PPG mengagihkan Borang Permohonan ke Tingkatan 4 kepada Guru Penyelaras IT di SBP
Penyelaras IT di SBP akan ‘key in’ data melalui Sistem Permohonan Dalam Talian (SPDT) dan mencetak Akuan Penerimaan Permohonan (APP)
Salinan APP dihantar ke JPN/PPD/PPG untuk disimpan sebagai rekod
Keputusan PMR dikeluarkan
Pemilihan dan Penempatan Pelajar diumumkan – boleh disemak melalui on-line : e-rayuan dibuka

Pendaftaran Pelajar Ambilan 1
Pendaftaran Pelajar Ambilan 2Rayuan ke tingkatan empat (4) boleh dibuat secara:
e-rayuan melalui laman web KPM selepas tawaran ambilan 1 diumumkan
Menulis surat (sila nyatakan aliran yang dipohon) berserta salinan sijil lahir dan sijil-sijil pencapaian tertinggi kokurikulum kepada Pengarah Bahagian Sekolah KPM

No comments:

Post a Comment