KEMUDAHAN PELAJAR DI MRSM
MRSM menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk pelajar seperti berikut:
Pusat Sumber, Pusat Media, Kedai Koperasi, Perkhidmatan Bas dan Van, Surau, Perkhidmatan Dobi, Rawatan Gigi, Kawalan Keselamatan, Kawasan Rekreasi, Bantuan Kewangan
Kemudahan Sukan dan Permainan
Ciri MRSM
1. Badan Wakil Pelajar (BWP)Terdiri daripada pelajar-pelajar yang dipilih oleh para pelajar melalui proses pilihanraya. Antara peranan BWP ialah:
Memajukan kebajikan pelajar melalui kerjasama dengan pentadbiran Maktab.
Menjadi badan perantaraan untuk pihak pelajar dan pentadbiran.
Menganjur aktiviti pelajar
Membantu pelaksanaan aktiviti Maktab.
2. Lembaga Displin PelajarLembaga Disiplin Pelajar (LDP) adalah satu daripada cabang kegiatan kokurikulum pelajar yang membantu pihak maktab menguatkuasakan peraturan-peraturan maktab.Lembaga Disiplin Pelajar LDP ditubuhkan bertujuan:
Mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni dalam kehidupan di MRSM dengan pelajar-pelajar yang berdisipllin dan berakhlak mulia.
LDP diharapkan dapat membentuk satu generasi pelajar yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik.
Pelajar yang layak dan mampu memimpin akan dicadangkan namanya dan satu temuduga dilakukan untuk sesi pemilihan.
3. HomeroomSetiap pelajar MRSM diletakkan dalam satu kumpulan seramai tidak lebih 15 orang yang diketuai oleh seorang guru sebagai penasihat.Kumpulan ini yang dipanggil homeroom bertujuan untuk :
Mewujudkan perasaan kekeluargaan di kalangan pelajar.
Mewujudkan semangat persaudaraan dan kerjasama
Membantu menyelesaikan masalah pelajar melalui perbincangan serta menimbulkan suasana seperti di rumah. Penasihat homeroom bertindak sebagai ibubapa dan ahli-ahli sebagai saudara sendiri.
4. Unit Perkhidmatan Kaunseling (UPK)
Berperanan membimbing pelajar ke arah pembentukan keperibadian yang sihat, bertanggungjawab, berupaya menghadapi kehidupan dan menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan.
Memberi bimbingan individu kepada pelajar-pelajar yang menghadapi ketidakselesaan hidup supaya mereka mampu mengatasi keadaan mereka.
Menyediakan berbagai program untuk kebaikan pelajar dari aspek personaliti, pembelajaran, kerjaya dan disiplin.
5. Cara-cara UPK memberikan Perkhidmatan
Kaunseling individu
Kaunseling kelompok
Pengajaran kelas/ ceramah
Risalah-risalah
Konsultasi
Program Pembangunan Pelajar
No comments:
Post a Comment