Monday, March 24, 2014

Malam Tuaian Budi, SMK BRP

20 Jamadilawal 1435H bersamaan 22 hb Mac 2014 di Kelab Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.



Malam Tuaian Budi anjuran SMK Bukit Rahman Putra dan PIBG SMK BRP sempena Majlis Dana Surau (Baharu) SMK BRP. Alhamdulillah sejumlah RM160,000 berjaya diraih pada majlis ini. Turut hadir beberapa Guru Akademi Gading diketuai Pengarah En. Azman, Pn. Aziyan, Pn. Azirah dan 3 wakil pelajar SPM Akademi Gading iaitu Raja Arif Nawawi, Afiq Shari dan Mohd. Amri Azran. Sebarang sumbangan Dana Pembinaan Surau SMK BRP boleh hubungi pihak sekolah SMK BRP Tel: 03-6157 4670

Monday, March 10, 2014

Doa untuk MH370



'' Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Tiada Tuhan selainMu, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dia yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolonganNya, kau peliharalah keselamatan dan kesejahteraan semua penumpang, juruterbang dan anak kapal yang terlibat. Kau lindungilah mereka dari sebarang keburukan, bencana dan marabahaya. Kau jauhkanlah mereka dari segala ancaman malapetaka yang zahir atau yang tersembunyi. Amin ya rabbal alamin."


Wednesday, March 5, 2014

Seminar Smart Learning dan Mind Mapping 2014 (Siri 1)

Seminar Smart Learning and Teknik Mind Mapping anjuran Akademi Gading telah diadakan pada 2 Mac 2014 di Centre 2 Akademi Gading mendapat sambutan di luar jangkaan. Tempat untuk 35 pelajar, kehadiran mencecah 70 pelajar. Terima kasih atas sokongan dan mendapat manfaat dari program ini. Ceramah di sampaikan oleh En. Abdul Hadi bin Jusoh dan Pn. Herdawati binti Harudin. Program bermula jam 8.30 pagi - 1.30 petang. Turut hadir dan membantu beberapa cikgu Pusat Tuisyen Akademi Gading seperti Cik Azilah, En. Hafizul, Pn. Nur Azirah dan Pn. Nur Aziyan.








Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat

Alhamdulillah Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Peperiksaan telah dijayakan di Akademi Gading Centre 2 pada 22 Februari 2014 Sabtu jam 7.30-10.30 mlm. Program dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah, Bacaan Yasin, Solat Insya Berjemaah, Solat Taubat dan Solat Hajat. Program diakhiri dengan jamuan.