Wednesday, May 13, 2009

PENDAFTARAN AHLI ALUMNI AKADEMI GADING















Adakah ini anda 5 tahun dulu. tetapi anda sekarang telah berjaya di dalam kerjaya masing-masing. Sekalung tahniah selepas anda berjuang dalam PMR dan SPM semasa di sekolah dan diperingkat universiti awam atau swasta.

Kini kami mempelawa warga Akademi Gading sejak tahun 2000 hingga 2008 menjadi ahli ALUMNI Akademi Gading atau lebih dikenali 2AG. Ia akan dilancarkan pada 24 hb. Mei ini sempena sambutan 9 tahun penubuhan Akademi Gading. Daftarlah sekarang dengan memberikan nama, alamat, no. telefon, pekerjaan, batch tahun?. emailkan maklumat anda ke azman_ahmadi@yahoo.com

Sunday, May 3, 2009

Panduan kemasukan ke IKBN

LATAR BELAKANG

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Belia telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1964. Matlamat awalnya adalah untuk menangani masalah pengangguran dengan menawarkan program latihan kemahiran di kalangan belia tercicir. Pada awal tahun 1990-an program latihan diperluaskan kepada usaha pembangunan sumber manusia iaitu melatih belia dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional untuk melahirkan tenaga mahir bagi keperluan sektor perindustrian negara.

Sehingga kini Kementerian Belia dan Sukan mempunyai 15 IKBN termasuk sebuah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN). Pembinaan IKBN membuktikan kesungguhan kerajaan menyediakan lebih banyak peluang latihan kemahiran kepada belia dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional selaras dengan keperluan tenaga mahir. Penambahan kursus dalam pelbagai bidang serta peningkatan tahap kemahiran mampu melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir.


MATLAMAT

ü Menyediakan peluang latihan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada belia lepasan sekolah.
ü Memberikan pendedahan keusahawanan dalam bidang kemahiran yang diperolehi.
ü Mengadakan program kepimpinan, kerohanian, dan kenegaraan bagi menerap / membentuk belia yang mempunyai jati diri unggul.


KONSEP LATIHAN

IKBN / IKTBN menjalankan konsep latihan bersepadu (Integrated Approach). Melalui sistem ini komponen latihan dijalankan secara serentak. Komponen latihan yang dilaksanakan :-

ü Latihan Kemahiran
ü Kepimpinan dan Ketatanegaraan
ü Keagamaan dan Kerohanian
ü Keusahawanan
ü Kawad
ü Sukan dan Rekreasi


SENARAI IKBN/IKTBN

1. IKBN PERETAK, SELANGOR
2. IKBN DUSUN TUA, SELANGOR
3. IKBN WAKAF TAPAI, TERENGGANU
4. IKBN JITRA, KEDAH
5. IKTBN SEPANG, SELANGOR
6. IKBN SERI ISKANDAR, PERAK
7. IKBN KUALA PERLIS, PERLIS
8. IKBN BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
9. IKBN CHEMBONG, NEGERI SEMBILAN
10. IKBN ALOR GAJAH, MELAKA
11. IKBN PAGOH, JOHOR
12. IKBN BACHOK, KELANTAN
13. IKBN MIRI, SARAWAK
14. IKBN KINARUT, SABAH
15. IKBN TEMERLOH, PAHANG
16. IKBN JELI
17. IKBN PEDU
18. IKBN KUALA LANGAT
19. IKBN BANDAR PENAWAR
20. IKBN KERTEH

BIDANG-BIDANG UTAMA

ü Teknologi Kejuruteraan Elektrikal
ü Teknologi Kejuruteraan Elektronik
ü Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
ü Teknologi Kejuruteraan Automotif
ü Teknologi Kejuruteraan Awam
ü Teknologi Kejuruteraan Marin
ü Teknologi Fotografi
ü Teknologi Maklumat
ü Teknologi Tekstil dan Apparel
ü Teknologi Makanan
ü Perkhidmatan Personal

PENGAMBILAN PELAJAR

ü Pengambilan pelajar diadakan dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai.
ü Iklan pengambilan disiarkan di akhbar-akhbar utama pada bulan Mac dan September.
ü Permohonan kemasukan dilaksanakan secara ‘online’ di laman web Kementerian Belia dan Sukan, www.kbs.gov.my.


KELAYAKAN MASUK

1. Warganegara Malaysia.
2. Berusia di antara 18 - 30 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurangnya tamat tingkatan 5. (Keutamaan adalah kepada calon yang lulus Bahasa Melayu, Sains dan Matematik diperingkat SPM/SPMV).
3. Belum pernah berkahwin
4. Berbadan sihat
5. Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah.
6. Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Kerajaan/Swasta. Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan.

* Tertakluk kepada syarat kursus dalam iklan pengambilan.

Thursday, April 16, 2009

PANDUAN MEMOHON KE MRSM


1. Cara memohon:

i- Pelajar Bumiputera Ting. 3 yang mendapat sekurang-kurang 6A 2B(A dalam Sc dan Math.) dan tiada gred C, D atau E dalam subjek teras dalam PMR.
ii- Markah yg. tinggi dalam UKKM.
iii- Pelajar perlu mengisi borang permohonan dan menduduki Ujian Kecenderungan Ke MRSM(UKKM)
iv.-Pelajar yang menuntut di sekolah SBP, SBPI & SMKA tidak layak memohon.

2. Syarat Permohonan

i- Pemohon yang mendapat sekurang-kurangnya C dalam subjek Math. & Sc dlm. peperiksaan Semester 1, Ting. 3 hendaklah datang ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan borang permohonan semasa penjualan borang.
ii- Pemohon hendaklah membawa salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak serta Keputusan Peperiksaan semester 1 Ting. 3 yang telah disahkan semasa membeli borang.
iii- Bayaran adalah sebanyak RM 10.00 (RM: Sepuluh Ringgit) tunai atau kiriman wang hendaklah dibuat dalam bentuk wang pos berpalang atas nama Majlis Amanah Rakyat [MARA].

Pelajar yang memohon akan dimaklumkan oleh PMN/PMD mengenai tarikh, masa dan tempat ujian.Kertas peperiksaan UKKM seperti berikut:-Matematik ( 50 soalan) 60 Minit Sains ( 50 soalan) 60 Minit Keperibadian (100 soalan) 30 Minit3.1- Ujian ini dijadualkan pada hari Sabtu selepas peperiksaan PMRSekira tiada jawapan sehingga 30 April pada tahun ini, permohonan dianggap tidak berjaya.
NOTA: MAKLUMAT BERKAITAN ALAMAT DAN NO.TEL MRSM, KURIKULAM MRSM DAN KEMUDAHAN DI MRSM SILA KE PAGE: BULAN MAC

Sunday, April 12, 2009

TERKINI - FIRST IN TOWN - PROGRAM SKOR A DAN TUTOR.COM













Akademi Gading buat pertama kali dalam sejarah penubuhan memperkenalkan Program Skor A dan Tutur.Com (Utusan) dalam sistem pembelajaran kami.

Pelajar peperiksaan iaitu PMR dan UPSR akan berpeluang mengikuti program ini iaitu diluar waktu class mereka sebagai salah satu pendekatan kami bagi memastikan kecemerlangan mereka dapat gilap seawal mungkin.

Ini kerana melalui sistem ini, kami dapat mengetahui pencapaian dan pengetahuan "chapter by chapter" mereka dalam masa beberapa "second" sahaja.

Ini kerana sistem ini menyediakan kemudahan penandaan kertas secara automatik dan mengenal pasti soalan-soalan yang dijawab salah dalam 1 masa.

Jangan ketinggalan mengikuti program kami ini. Selamat Menyertai Kami. Kejayaan anak anda Keutamaan Kami.





Saturday, April 11, 2009

AKTIVTII AKADEMI GADING - BULAN MAC 2009


Akademi Gading telah menganjurkan Bengkel UPSR 2009 bertema Analisis, Skema Pemarkahan dan Teknik Menjawab Kertas Mathematics dan Science 2009 pada 29 hb. Mac 2009 bertempat di Dewan SM Teknik Sungai Buloh.
Hampir 110 peserta menyertai program kami, terdiri calon-calon UPSR dari sekolah-sekolah sekitar Sungai Buloh, Kuala Selangor, Shah Alam dan Petaling Jaya. Turut menyertai dari Klang, seorang calon UPSR dari Negeri Sembilan dan Pahang.
Semoga peserta-peserta kami memperolehi manfaat dan ilmu berguna dari seminar kami.





KELAS SKOR A DI AKADEMI GADING

CALON UPSR DAN PMR 2009

DAPATKAN SEGERA PROGRAM SKOR A DI AKADEMI GADING

INTERNET DAN KOMPUTER DISEDIAKAN

BAYARAN: RM 100 SEBULAN

CLASS: 4 KALI SEMINGGU / 1 JAM 30 MINIT SETIAP SESSI

SETIAP CLASS/SESI : MAXIMUM PELAJAR 5 ORANG SAHAJA

JADUAL SEKOLAH RENDAH SESI 2009

TAHUN 3 & 4 (HARI: SABTU DAN AHAD)
MASA: SABTU: 3.30 - 5.45 PM AHAD: 11.30 AM - 1.00 PM
YURAN: RM 70 SEBULAN

TAHUN 1 & 2 (HARI: SABTU DAN AHAD)
MASA: SABTU: 2.00 - 3.30 PM AHAD: 10.00 - 11.30 AM
YURAN: RM 65 SEBULAN

MATAPELAJARAN: B. MELAYU, ENGLISH, MATHEMATICS, SCIENCE
PENDAFTARAN: RM10 SEKALI SAHAJA
NOTA DAN CLASS TUTOR.COM DAN SKOR A RM30 SETAHUN

JADUAL SESI 2009 (PMR GOLD / UPSR)

PMR PAKEJ GOLD (MAXIMUM PELAJAR 15 ORANG)
HARI: ISNIN / SELASA
MASA: 8.15 - 10.30 MALAM
MATAPELAJARAN: B. MELAYU, ENGLISH, MATHEMATICS, SCIENCE, SEJARAH DAN GEOGRAFI
YURAN: RM100 / SEBULAN
NOTA DAN KELAS SKOR A DAN TUTOR.COM RM40 SETAHUN

UPSR / SESI MALAM DAN ATAU SABTU/AHAD (4 SEAT AVAILABLE)
1) SESI MALAM ; HARI RABU/KHAMIS
MASA: RABU: 8.15 - 10.30 MALAM, KHAMIS:8.15 - 9.45 MALAM
CLASS TUTOR.COM: AHAD: 10.00 - 110.30 PAGI
2) SESI SABTU/AHAD
MASA: SABTU: 3.30 - 5.45 PM AHAD: 10.00 - 11.30 AM
CLASS TUTOR.COM: AHAD 11.30 AM- 12.15 PM
YURAN: RM 80 / SEBULAN PENDAFTARAN: RM10 NOTA:RM30 SETAHUN

JADUAL KELAS SESI 2009 (SPM & PMR PLATINUM)

SPM - HARI: ISNIN / SELASA
MASA: 8.15-10.30 MALAM
MATAPELAJARAN: B.MELAYU, ENGLISH, MATHEMATICS, SCIENCE, SEJARAH
YURAN: RM100/ SEBULAN

PMR - PAKEJ PLATINUM MAXIMUM 6 STUDENT (CLASS GROUP 1 - FULL)
OPEN FOR REGISTRATION: CLASS GROUP 2 - AVAILABLE SEAT - 6
HARI: ISNIN / SELASA
MASA: 8.15 - 10.30 MALAM
MATAPELAJARAN: B. MELAYU, ENGLISH, MATHEMATICS, SCIENCE, SEJARAH DAN GEOGRAFI
YURAN: RM200 / SEBULAN
PENDAFTARAN: RM10 (SEKALI SAHAJA)
NOTA DAN SKOR A / TUTOR.COM RM 40.00 (SETAHUN)

Friday, April 10, 2009

Gambar Ceria Tahun 3 dan 4 sesi Sabtu/Ahad






Hello kawan-kawan, bila nak joint kami. Kami seronok belajar di sini kerana cikgunya best...
satu lagi setiap Sabtu, kami ada class Tutor.com. Ia amat menyeronokkan.



Gambar Ceria UPSR sesi Sabtu/Ahad




Hai... doakan kami berjaya di dalam UPSR 2009 dengan keputusan yang cemerlang.


Wednesday, April 8, 2009

MAKLUMAT KEMASUKAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Syarat Kemasukan:
PENCALONAN PELAJAR KE TINGKATAN SATU (1)
Syarat Pemilihan: 1) Warganegara Malaysia. 2) Pelajar Sekolah Kebangsaan sahaja. 3) Berminat memasuki sekolah Berasrama Penuh. 4) Aktif dalam kokurikulum. 5) Mencapai 5A atau 4A 1B dalam UPSR (Matematik dan Sains mesti gred A). 6) Dicalonkan oleh Jawatankuasa Pencalonan Sekolah. 7) Disahkan oleh Jawatankuasa Pengesahan Pencalonan.PENCALONAN PELAJAR KE

TINGKATAN EMPAT (4)Syarat Pemilihan
Syarat: 1) Warganegara Malaysia. 2) Pelajar Sekolah Bantuan Penuh atau Bantuan Kerajaan.
3) Aktif dalam Kokurikulum.

Kelayakan akademik seperti berikut:
Sekurang-kurangnya gred A bagi 6 mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Asing / Bahasa Antarabangsa.
Mendapat gred B dalam mata pelajaran yang lain

Untuk ke Tingkatan 4 Aliran Agama / Sains Agama, pemohon hendaklah memperolehi gred A bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab KomunikasiBORANGBorang Pencalonan (Tingkatan 1) dan Borang Permohonan (Tingkatan 4) boleh diperoleh secara percuma di sekolah masing-masing. Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran tidak menyediakan sebarang borang bagi tujuan pencalonan dan permohonan tersebut.PROSEDUR PENCALONAN PELAJAR TINGKATAN SATU (1)
Jawatankuasa Pencalonan Sekolah mencalonkan murid Tahun 6 menggunakan borang A/SST1 dan B/SST1

Guru Besar menghantar Borang A/SST1 dan B/SST1 ke JPN/PPD/PPG
Jawatankuasa Pengesahan Pencalonan JPN/PPD/PPG membuat pengesahan pencalonan
Borang A/SST1 dan B/SST1 yang telah disahkan disimpan oleh JPN/PPD/PPG
Borang A/SST1 diserahkan kepada JK Pelaksana Pencalonan Secara Online yang diketuai oleh Pegawai Data JPN/PPD/PPG
JK Pelaksana Pencalonan Secara Online ‘key in’ data melalui Sistem Pencalonan Dalam Talian (SPDT) dan mencetak Akuan Penerimaan Permohonan (APP)
Borang A/SST1 dan Salinan APP disimpan di JPN/PPD/PPG sebagai rekod
Keputusan UPSR dikeluarkan

Pemilihan dan Penempatan Pelajar diumumkan – boleh semak melalui on-line :
e-rayuan dibuka
Pendaftaran Pelajar Ambilan 1
Pendaftaran Pelajar Ambilan 2Rayuan ke tingkatan 1 boleh dibuat secara:
e-rayuan melalui laman web KPM selepas tawaran ambilan 1 diumumkan
Menulis surat berserta salinan sijil lahir dan salinan sijil-sijil pencapaian tertinggi kokurikulum kepada Pengarah Bahagian Sekolah KPM

PROSEDUR PERMOHONAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT (4)
Dapatkan Borang Permohonan A/SST4 ke Tingkatan 4 dari JPN/PPD/PPG atau sekolah
Penuhkan Borang Permohonan A/SST4 ke Tingkatan 4 dan hantar kepada Pengetua
Pengetua membuat perakuan maklumat dalam Borang Permohonan A/SST4 ke Tingkatan 4
Pihak sekolah (Pengetua) menghantar Borang Permohonan A/SST4 ke Tingkatan 4 dan Senarai Pemohon kepada JPN/PPD/PPG untuk tujuan pengesahan
JPN/PPD/PPG mengagihkan Borang Permohonan ke Tingkatan 4 kepada Guru Penyelaras IT di SBP
Penyelaras IT di SBP akan ‘key in’ data melalui Sistem Permohonan Dalam Talian (SPDT) dan mencetak Akuan Penerimaan Permohonan (APP)
Salinan APP dihantar ke JPN/PPD/PPG untuk disimpan sebagai rekod
Keputusan PMR dikeluarkan
Pemilihan dan Penempatan Pelajar diumumkan – boleh disemak melalui on-line : e-rayuan dibuka

Pendaftaran Pelajar Ambilan 1
Pendaftaran Pelajar Ambilan 2Rayuan ke tingkatan empat (4) boleh dibuat secara:
e-rayuan melalui laman web KPM selepas tawaran ambilan 1 diumumkan
Menulis surat (sila nyatakan aliran yang dipohon) berserta salinan sijil lahir dan sijil-sijil pencapaian tertinggi kokurikulum kepada Pengarah Bahagian Sekolah KPM

Sunday, April 5, 2009

LEPASAN SPM - Peluang melanjutkan pelajaran di dalam bidang Kemahiran Teknikal

Berikut adalah maklumat mengenai Peluang-peluang dalam bidang Kemahiran Teknikal bagi lepasan SPM yang kurang menyerlah di dalam pencapaian akademik.

Pelbagai institusi yang boleh dipohon bermula diperingkat sijil dan diploma antaranya ialah:
1. IKM di bawah MARA
2. Pusat Giat MARA juga di bawah MARA
3. ILP di bawah Jabatan Kemahiran Teknikal
4. IKBN dibawah Kementerian Belia da Sukan
5. Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Di bawah contoh program yang ditawarkan oleh ILP, dibawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia


Institut Latihan Perindustrian (ILP)

Institut Latihan Perindustrian (ILP) ditubuhkan di bawah Jabatan Tenaga Manusia bertujuan memberi latihan teknikal secara formal kepada pekerja-pekerja sektor perindustrian dan para belia lepasan sekolah bagi membolehkan mereka mendapat kemahiran di dalam bidang tertentu. Objektif ILP adalah untuk melahirkan tenaga kerja mahir untuk memenuhi sektor perindustrian, meninggikan kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan negara dan memudahkan para lepasan sekolah mendapat pekerjaan melalui latihan kemahiran perindustrian yang sistematik.

KURSUS-KURSUS YANG DI JALANKAN DI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP)

A. Bahagian Mekanikal Dan Pengeluaran· Mekanik Industri. Pemesinan Am · Pemesinan CNC · Pembuat Acuan dan Alat Pemotong · Pembuat Acuan Pembentuk· Teknologi Foundri· Kimpalan Arka dan Gas · Fabrikasi Logam · Pemasangan Paip Gas· Rekabentuk Produk Industri · Automotif · Kenderaan Berat Perdagangan · Kejuruteraan Jaminan Mutu · CADD Mekanikal

B. Bahagian Elektrikal Dan Elektronik· Jurueletrik · Penyejukbekuan & Penyamanan Udara · Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah - AO · Instrumen Perindustrian · Teknologi Elektronik Industri · Teknologi Telekomunikasi · Automasi Perindustrian

C. Bahagian Sivil Dan Bangunan· CADD Senibina · Binaan Bangunan Berasaskan Kayu · Binaan Bangunan · Paip & Sanitari · Teknologi Perabut · Diploma Teknologi Binaan

D. Bahagian Percetakan· Teknologi PercetakanE. Bahagian Bukan Logam· Teknologi Plastik · Teknologi Seramik

F. Bahagian Teknologi Maklumat· Teknologi Komputer (Sistem) · Teknologi Komputer (Rangkaian)· Teknologi Komputer (Pengaturcaraan)· Teknologi Komputer (Multimedia Interaktif)· Teknologi Komputer (Keselamatan

Wednesday, April 1, 2009

Cikgu Azman sebagai MC Press Conference Kumpulan Rabbani sebagai Duta Modal Insan Caunselor Worldwide Sdn. Bhd.




Caunselor Worldwide Sdn. Bhd adalah sebuah syarikat berorentasikan program-program modal insan yang menekankan aspek knowledge, emosional, spiritual dan fizikal. Cikgu Azman adalah Chief Planning Officer (CPO) Counselor Worldwide Sdn. Bhd.


Tuesday, March 3, 2009

KEMUDAHAN DI MRSM

KEMUDAHAN PELAJAR DI MRSM
MRSM menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk pelajar seperti berikut:
Pusat Sumber, Pusat Media, Kedai Koperasi, Perkhidmatan Bas dan Van, Surau, Perkhidmatan Dobi, Rawatan Gigi, Kawalan Keselamatan, Kawasan Rekreasi, Bantuan Kewangan
Kemudahan Sukan dan Permainan
Ciri MRSM
1. Badan Wakil Pelajar (BWP)Terdiri daripada pelajar-pelajar yang dipilih oleh para pelajar melalui proses pilihanraya. Antara peranan BWP ialah:
Memajukan kebajikan pelajar melalui kerjasama dengan pentadbiran Maktab.
Menjadi badan perantaraan untuk pihak pelajar dan pentadbiran.
Menganjur aktiviti pelajar
Membantu pelaksanaan aktiviti Maktab.

2. Lembaga Displin PelajarLembaga Disiplin Pelajar (LDP) adalah satu daripada cabang kegiatan kokurikulum pelajar yang membantu pihak maktab menguatkuasakan peraturan-peraturan maktab.Lembaga Disiplin Pelajar LDP ditubuhkan bertujuan:
Mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni dalam kehidupan di MRSM dengan pelajar-pelajar yang berdisipllin dan berakhlak mulia.
LDP diharapkan dapat membentuk satu generasi pelajar yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik.
Pelajar yang layak dan mampu memimpin akan dicadangkan namanya dan satu temuduga dilakukan untuk sesi pemilihan.

3. HomeroomSetiap pelajar MRSM diletakkan dalam satu kumpulan seramai tidak lebih 15 orang yang diketuai oleh seorang guru sebagai penasihat.Kumpulan ini yang dipanggil homeroom bertujuan untuk :
Mewujudkan perasaan kekeluargaan di kalangan pelajar.
Mewujudkan semangat persaudaraan dan kerjasama
Membantu menyelesaikan masalah pelajar melalui perbincangan serta menimbulkan suasana seperti di rumah. Penasihat homeroom bertindak sebagai ibubapa dan ahli-ahli sebagai saudara sendiri.

4. Unit Perkhidmatan Kaunseling (UPK)
Berperanan membimbing pelajar ke arah pembentukan keperibadian yang sihat, bertanggungjawab, berupaya menghadapi kehidupan dan menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan.
Memberi bimbingan individu kepada pelajar-pelajar yang menghadapi ketidakselesaan hidup supaya mereka mampu mengatasi keadaan mereka.
Menyediakan berbagai program untuk kebaikan pelajar dari aspek personaliti, pembelajaran, kerjaya dan disiplin.

5. Cara-cara UPK memberikan Perkhidmatan
Kaunseling individu
Kaunseling kelompok
Pengajaran kelas/ ceramah
Risalah-risalah
Konsultasi
Program Pembangunan Pelajar

Monday, March 2, 2009

KURIKULAM MRSM

KURIKULUM MRSM
Kurikulum MRSM terdiri daripada tiga bidang utama yang memberi penumpuan kepada program-program berikut:
1. Program Akademik 2. Program Perkembangan Sahsiah
3. Program Pembangunan Bakat
1.Program Akademik
Kurikulum ini berasaskan kepada kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Kementerian Pendidikan dan kurikulum yang dibentuk khas oleh MARA. Ia terdiri daripada subjek teras, subjek elektif dan subjek khas.
Subjek Menengah Rendah
Subjek Teras: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam/Moral
Geografi, Sejarah, Sains, Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Subjek Khas: Sains Komputer, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Belajar, Bahasa Arab

Subjek Menengah Atas
Subjek Teras: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam/Moral, Matematik
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, English For Science Technology
Subjek Elektif: Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Biologi, Rekacipta, Prinsip Akaun, Teknologi Maklumat
Subjek Khas: Sains Komputer, Senireka, Keusahawanan, Perkembangan Kerjaya & Kemahiran Berkomunikasi, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Belajar

MRSM juga mengadakan program-program penghayatan akademik untuk mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap subjek yang dipelajari. Program-program ini juga merupakan aktiviti yang memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan daya kreativiti mereka selain daripada mengaplikasikan ilmu-ilmu yang telah dipelajari. Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah:
Sambutan Hari Maulidur Rasul Sambutan Israk Mikraj Sambutan Hari Kemerdekaan Hari Alam Sekitar Pertandingan Bahas Pertandingan Biologi Kem Cuti
Minggu Kerjaya Pameran Seni Reka Minggu Usahawan Tunas Saintis Olympiad Matematik Pertandingan Hafaz Al-Quran.

2. Program Perkembangan Sahsiah
Kurikulum ini dibentuk untuk menyokong pendidikan efektif yang menekankan pengenalan diri sebagai sebahagian daripada individu masyarakat. Ia merangkumi program-program pembangunan diri, aktiviti-aktivii keusahawanan, kokurikulum, persatuan/kelab,kem cuti, sukan dan permainan.
Contoh Aktiviti-Aktiviti Perkembangan Sahsiah :- Program-Program Pembangunan Diri
Kursus Jayadiri, Program Penyesuaian Diri, Program Pembangunan Kecerdasan Emosi
Perkembangan Kerjaya, Konsep Kendiri, Etiket, Latihan Temuduga, Aktiviti Keusahawanan
Aktiviti Koperasi, Penerbitan Majalah, Program Usahawan Muda, Persatuan dan Kelab
Persatuan Sains Sosial / Kemasyarakatan, Persatuan Matematik, Persatuan seni Kreatif
Kelab Pertukangan, Kelab Kembara, Kelab Fotografi, Badan Beruniform, Kadet Bomba
Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (Darat & Laut), Pandu Puteri, Kadet Polis, Pengakap
Seni Pertahanan Diri, Kem Cuti, Kem Cuti Sains, Kem Astronomi, Kem Rekreasi Mendaki Gunung, Kem Arkeologi Muda, Sukan Dan Permainan
Kelab Bola Sepak
Kelab Olahraga
Kelab Sepak Takraw
Kelab Catur
Kelab Senamrobik
Kelab Golf
Kelab Kayak

3. Program Pembangunan Bakat
Program Pembangunan Bakat MRSM adalah satu program pengayaaan yang diolah berdasarkan The Enrichment Triad Model . Melalui program ini, potensi dan bakat pelajar dibangunkan dan diperkembangkan secara terancang dan sistematik untuk seluruh sekolah . Program dilaksanakan dalam tiga aras pengayaan seperti berikut :
A. Pengayaan Type I
Pelajar diberi pendedahan kepada pelbagai disiplin, topik, isu, kerjaya, peristiwa dan persekitaran yang biasanya tidak diberikan dalam kelas formal melalui aktiviti seperti ceramah, dialog, lawatan-lawatan, tayangan, pembacaan, penerokaan melalui internet dan lain-lain. Pengalaman dan penemuan melalui penerokaan ini membantu pelajar mengenalpasti minat dan bidang untuk penerokaan dan penyelidikan selanjutnya (Pengayaan Type III).
B. Pengayaan Type II
Pengayaan berikutnya adalah aktiviti-aktiviti penerapan kemahiran dan emosi afektif . Semua pelajar diberikan kemahiran generik seperti proses pemikiran aras tinggi, cara belajar, membuat penyelidikan, komunikasi dan mendapatkan bahan. Kemahiran khusus seperti analisis statistik data diberikan sekiranya diperlukan oleh pelajar dalam penyelidikannya. Oleh itu, pelajar-pelajar akan lebih bersedia dan berkeyakinan untuk mendalami sesuatu bidang atau topik.
C. Pengayaan Type III
Berdasarkan minat dan persoalan bersesuaian , pelajar menjalankan aktiviti penyiasatan dan menghasilan produk atau perkhidmatan yang ada impak ke atas audience sebenar. Pelajar befikir dan bertindak sebagai seorang penyelidik profesional dan mengkaji satu masalah atau topik sebenar menggunakan kaedah-kaedah yang autentik. Melalui aktiviti pengayaan Type III, pelajar akan mempraktikkan kemahiran dan emosi afektif yang diterapkan melalui pengayaan Type II.

Sunday, March 1, 2009

SENARAI MRSM

Berikut adalah senarai MRSM seluruh negara.
Alamat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
1. Menengah Rendah (Tingkatan 1 - 3) Kuala Klawang, Pasir Tumboh, Gerik
2. Menengah Atas (Tingkatan 4 - 5) Pengkalan Chepa, Tun Ghafar Baba, Taiping, Kuantan
3. Menengah Rendah & Atas (Tingkatan 1 - 5)
PDRM Kulim, Terendak, Kuching, Kota Putra, Pendang, Lenggong, Langkawi, Mersing, Jeli, Batu Pahat, Pontian, Kuala Krai, Kuala Kubu Bahru, Kuala Terengganu, Transkrian, Kuala Lipis, Muadzam Shah, Serting, Kota Kinabalu, Pasir Salak, Besut, Gemencheh, Kubang Pasu, Merbok, Kepala Batas, Alor Gajah, Muar, Balik Pulau, Beseri, Kuala Berang, Felda, Bentong, Betong

ALAMAT DAN NO. TELEFON:

MRSM Pengkalan ChepaPengkalan Chepa16100 Kota Bharu, KelantanTel : 09-7738252, 7738396Faks : 09-7738254

MRSM KuantanJalan Tok Sira, Alor Akar25250 Kuantan, PahangTel : 09-5674439, 5675194Faks:09-5674644

Pengetua : Mohd Saroni Bin Kasmani emel : msaroni@mara.gov.my

Pengetua : Khalil Bin Abdul Rahman emel : khalil@mara.gov.my, khalil@mail.mara.gov.my

MRSM Kuala TerengganuWakaf Tengah Mengabang Telipot21030 Kuala Terengganu TerengganuTel : 09-6696344, 6696345Faks : 09-6696087

MRSM Kuala BerangPejabat Pos Kuala BerangPeti Surat 3121700 Kuala Berang TerengganuTel : 09-6812586, 6812573Faks : 09-6812486

Pengetua : Bahari Bin Abdul Wahab emel : bahari@mara.gov.my, bahari@mail.mara.gov.my

Pengetua : Zainal Bin Yunus emel : zainal@mail.mara.gov.my

MRSM Tun Ghafar BabaJalan Simpang Kerayong77000 Jasin, MelakaTel : 06-5291443, 5291677Faks : 06-5291915

MRSM TaipingJalan Bukit Larut34000 Taiping, PerakTel : 05-8073022, 8084228Faks : 05-8077627

Pengetua : Dr. Mariam binti Md. Sallehemel : mariamm@mail.mara.gov.my

Pengetua : Shaari Bin Husain emel : shaari@mara.gov.my

MRSM Balik PulauJalan Pondok Upeh11000 Balik Pulau, Pulau PinangTel : 04-8669493, 8669499Faks: 04-8668371

MRSM Terendak76200 Terendak, MelakaTel : 06-3571009, 3573008Faks : 06-3573049

Pengetua : Mohd Sabri Bin Ali emel : msabri@mara.gov.my, msabria@mail.mara.gov.my

Pengetua : Che Soh Bin Che Mat emel : chesoh@mara.gov.my, csoh@mail.mara.gov.my

MRSM MuarKm 10 Jalan Bakri84200 Muar, JohorTel : 06-9866201, 9866202Faks : 06-9866300

MRSM BeseriBatu 8 1/2, Jalan Kaki Bukit01000 Kangar, PerlisTel : 04-9381489, 9381488Faks : 04-9381363

Pengetua : Ejam Bin Samin emel : mailto:ejam@mara.gov.my

Pengetua : Abdul Hamid bin Hj. Ahmademel : mailto:ahamidh@mail.mara.gov.my%20%20

MRSM SertingBandar Baru Serting72100 Serting Negeri SembilanTel: 06-4582013, 4582010Faks: 06-4582011

MRSM Muadzam ShahPesiaran DaraBandar Muadzam Shah26700 Muadzam Shah, PahangTel : 09-4523424, 4523425Faks : 09-4523423

Pengetua : Mohd Ghazi Bin Samsudin emel : mghazi@mail.mara.gov.my

Pengetua : Che Mohd Fauzi Bin Che Omar emel : cmfauzi@mail.mara.gov.my

MRSM Kuala KlawangJalan Titi, Kuala Klawang71600 Jelebu, Negeri SembilanTel : 06-6112561, 6112568Faks : 06-6112567


MRSM Pasir TumbohDesa Darulnaim16150 Pasir Tumboh, KelantanTel : 09-7650067, 7651866Faks : 09-7654132


Pengetua : Shahrome Bin Daud emel : shahrome@mail.mara.gov.my


Pengetua : Adnan Bin Jusoh emel : adnanj@mail.mara.gov.my

MRSM GerikBukit Nasah, Kenayat Peti Surat 7,33300 Gerik, PerakTel : 05-7913272, 7910273Faks : 05-7913271

MRSM KuchingJalan Sultan TengahPetra Jaya, 93050 Kuching SarawakTel : 082-447439, 447589Faks : 082-447435

Pengetua : Sa'imin Bin Jumari emel : saimin@mail.mara.gov.my

Pengetua : Shabani Bin Ahmad emel : mailto:shabani@mail.mara.gov.my

MRSM PDRM KulimPKN Polis Hutan (PPH)KM 5, Jalan Junjung09000 Kulim, KedahTel : 04-4905640, 4905658Faks : 04-4908555

MRSM Kota PutraJalan Bukit Keluang22200 Besut TerengganuTel : 09-6957688, 6957699Faks : 09-6957677

Pengetua : Padzilah Binti Othman emel : padzilah@mara.gov.my, padzilah@mail.mara.gov.my

Pengetua : Abdullah Bin Abdul Rahman emel : abdullahar@mara.gov.my, abdullaha@mail.mara.gov.my

MRSM LangkawiLot PT 2146Jalan Kisap, Mukim Kuah07000 Langkawi, KedahTel : 04-9698201, 9698204Faks : 04-9664528

MRSM LenggongChangkat Berangan33400 LenggongPerakTel : 05-7676003, 7676004Faks : 05-7676300

Pengetua : Mahzan Bin Atan emel : mailto:mahzan@mara.gov.mymahzan@mail.mara.gov.my

Pengetua : Che A Halim Bin Che Daud emel : cahalim@mail.mara.gov.my

MRSM MersingLot 2824, Km 6 Jalan Jamaluang 86800 Mersing, JohorTel : 07-7995520, 7995179Faks : 07-7993316

MRSM PendangJalan Jenun06750 PendangKedahTel : 04-7593851, 7593857, 7593858Faks : 04-7593855

Pengetua : Zamri Bin Mohamed Isa emel : zambri@mail.mara.gov.my

Pengetua : Che Saari Bin Hj. Sawa emel : csaari@mail.mara.gov.my

MRSM JeliKg Gemang17700 Ayer LanasKelantanTel : 09-946 7884, 9467885Faks : 09-9467886

MRSM PontianJalan Benut, Jelutong82100 Ayer BaloiPontian, JohorTel : 07-6933744, 6933745Faks : 07-6933746

Pengetua : Mohamad Ali Bin Mohamed emel : ali@mara.gov.my, mali@mail.mara.gov.my

Pengetua : Ahmad Kamal bin Abu Bakar emel : mailto:akamala@mail.mara.gov.my%20%20

MRSM Kuala Lipis Km 7 Jalan Kuala Lipis27200 Kuala LipisPahangTel : 09-3121162, 3123030 Faks: 09-3121389

MRSM Kota KinabaluP.O. Box 5016788722 PutatanKota Kinabalu, SabahTel : 088-755213, 755214 Faks: 088-755209

Pengetua : Alias Bin Hj Muda emel : aliasmu@mara.gov.my, alias@mail.mara.gov.my

Pengetua : Ibarahm@Ibrahim Bin Othman emel : iibrahim@mail.mara.gov.my

MRSM TranskrianMukim Transkrian14300 Nibong TebalPulau PinangTel : 04-5941877, 5941889Faks : 04-5941876

MRSM Batu PahatJalan Simpang Lima Separap83000 Batu PahatJohorTel: 07-4102977, 4102864Faks : 07-4102545

Pengetua : Samsudin Bin Suip emel : samsudin@mail.mara.gov.my

Pengetua : Norzan Binti Mohd Akib emel : norzan@mara.gov.my, norzan@mail.mara.gov.my

MRSM Kuala Kubu BharuKM 8 Jalan Ampang Pecah44000 Kuala Kubu BaruSelangor Tel : 03-60643944, 60643907Faks : 03-60643949

MRSM Pasir SalakKM 4, Jalan Tanjung Tualang36800 Kampung GajahPerak Tel : 05-6313349, 6313549 Faks : 05-6313116

Pengetua : Siti Fatimah Bt Hassan emel : mailto:sfatimahh@mara.gov.mysfatimah@mail.mara.gov.my

Pengetua : Mohd Yunus Bin Deraman emel : mailto:%20myunus@mail.mara.gov.my%20%20

MRSM Kuala KraiKampung Padang Sembilan Km 4, Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang, 18000 Kuala KraiKelantan Tel : 09-9669060, 9660060Faks : 09-9606066

MRSM Besut Jalan Tembila Kampung Raja 20200 Besut TerengganuTel: 09-6958468, 6958462 Faks: 09-6956044

Pengetua : Ahmad Nazir Bin Lateh emel : anazir@mara.gov.my, anazir@mail.mara.gov.my

Pengetua : Fatimah Binti Daud emel : fatimahd@mail.mara.gov.my

MRSM GemenchehLot P.T. 6016 dan 5282 Mukim Gemencheh Kampung Sungai Dua, Jalan Besar 73200 Gemencheh Negeri Sembilan Tel : 06-4348528, 4348755Faks : 06-4348384


MRSM Alor GajahLot 1720, Mukim Ayer Pa'abas 78000 Alor Gajah Melaka Tel : 06-5520001, 5520010Faks : 06-5520140


Pengetua : A Bakar Bin A Rahim emel : abakarar@mail.mara.gov.my


Pengetua : Mohammed Satari Bin Hj. Hashim emel : mailto:satari@mara.gov.my

MRSM Kubang PasuLot 1929 (Lot Lama 518), Jalan Kampung Gelong Kampung Hutan Terabak, Mukim Gelong, Daerah Kubang Pasu 06000 Jitra, Kedah Tel : 04-9170695, 04-9170697Faks : 04-9170699


MRSM MerbokDi Atas Lot 1413, 1315, 1315 dan PT 1408 Jalan Taman Bujang Mukim Bujang 08400 Daerah Kuala Muda, Kedah Tel : 04-4575762, 04-4575764Faks : 04-4575671

Pengetua : Ahmad Sanusi Bin Hashim emel : asanusi@mara.gov.my, asanusi@mail.mara.gov.my

Pengetua : Rohana Binti Mohd Yunus emel : rohana@mail.mara.gov.my

MRSM Kepala Batas Lot 8784, Mukim 6 Jalan Bertam 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang Tel : 04-5755542, 5755650Faks : 04-5755496


MRSM Tawau Peti Surat 61275, 91022 Tawau, Sabah Tel : 089-911655Faks : 089-911544

Pengetua : Abdul Majid Bin Abd Ghani emel : amajid@mara.gov.my, amajid@mail.mara.gov.my


Pengetua : Wan Abdul Ghani Bin Wan Abdullahemel : mailto:idhan@mara.gov.my

MRSM Felda (Trolak) Jalan Meranti 2, Felda Jaya Utara, 35600 Sungkai, Perak Tel : 05-4388499Faks : 05-4388599

MRSM Pengkalan Hulu Lot 2097, Lot 2103KM 1, Jalan Baling 33100 Pengkalan Hulu, Perak Tel : 04-4778419 Faks : 04-4778489

Pengetua : Saleh Bin Osman emel : salehos@mara.gov.my, saleh@mail.mara.gov.my

Pengetua : Mustafar Bin Che Mat emel : mustafar@mara.gov.my, mustafar@mail.mara.gov.my

MRSM Bentong Lot 2650 dan 1945, KM 63 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak, Mukim Bentong, 28700 Bentong, Pahang

MRSM Betong Lot 175, Entaban Land District, Jalan Feeder 95700 Betong, Sarawak

Pengetua : Mohd Yusoff Bin Hassan emel : myusoff@mara.gov.my, myusoff@mail.mara.gov.my

Pengetua : Mahamood Bin Mat Zain emel : mailto:mahamood@mail.mara.gov.my%20%20

Sunday, February 15, 2009

AKADEMI GADING

Lot. 4101A, KM 26, Jalan Kuala Selangor, Sungai Plong,
47000 Sungai Buluh. Selangor
Tel No : 03 – 6038 6791

H/P: 019 – 3630 725
Mon- Fri : 10 am – 11 pm
Sat & Sun : 9 am - 6.30 pm

Wednesday, February 4, 2009

Wisma Akademi Gading


Bangunan Ibupejabat Akademi Gading di Sungai Plong, Sungai Buloh

Tuesday, February 3, 2009

Lawatan Kunjung Hormat Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang






Lawatan Sempena Menjemput TYT Tun Abdul Rahman Abbas, TYT Negeri Pulau Pinang di Sri Mutiara, (Kediaman Rasmi TYT Pulau Pinang) ke Majlis Perasmian Projek Mutiara Pulau Pinang 2007 di Dewan Milenium, Kepala Batas.



Sunday, February 1, 2009

Projek Mutiara Nasional 2007-2008











Projek Mutiara Terengganu






Friday, January 16, 2009

Akademi Gading sebelum mengalami pengubahsuaian







Gambar Pejabat dan Kelas Akademi Gading sebelum mengalami proses pengubahsuaian.



Tuesday, January 13, 2009

AKADEMI GADING SELEPAS PENGUBAHSUAIAN












































Wajah terbaru Akademi Gading 2009. Kerja-kerja pengubahsuaian bermula 18 hb Feb. 2009 hingga 28 hb. Februari 2009 oleh Kontraktor yang dilantik. Terima Kasih di atas sokongan semua warga Akademi Gading sejak tahun 2000. Kami yakin pelajar kami hari ini telah menjadi jurutera, arkitek, pensyarah, guru, pegawai kerajaan dan pelbagai profession lagi. Kepada mereka daftarlah sebagai Ahli Alumni Akademi Gading yang akan dilancarkan pada 24 hb. Mei 2009 sempena ulang tahun ke-9 Akademi Gading.