Sunday, April 5, 2009

LEPASAN SPM - Peluang melanjutkan pelajaran di dalam bidang Kemahiran Teknikal

Berikut adalah maklumat mengenai Peluang-peluang dalam bidang Kemahiran Teknikal bagi lepasan SPM yang kurang menyerlah di dalam pencapaian akademik.

Pelbagai institusi yang boleh dipohon bermula diperingkat sijil dan diploma antaranya ialah:
1. IKM di bawah MARA
2. Pusat Giat MARA juga di bawah MARA
3. ILP di bawah Jabatan Kemahiran Teknikal
4. IKBN dibawah Kementerian Belia da Sukan
5. Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Di bawah contoh program yang ditawarkan oleh ILP, dibawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia


Institut Latihan Perindustrian (ILP)

Institut Latihan Perindustrian (ILP) ditubuhkan di bawah Jabatan Tenaga Manusia bertujuan memberi latihan teknikal secara formal kepada pekerja-pekerja sektor perindustrian dan para belia lepasan sekolah bagi membolehkan mereka mendapat kemahiran di dalam bidang tertentu. Objektif ILP adalah untuk melahirkan tenaga kerja mahir untuk memenuhi sektor perindustrian, meninggikan kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan negara dan memudahkan para lepasan sekolah mendapat pekerjaan melalui latihan kemahiran perindustrian yang sistematik.

KURSUS-KURSUS YANG DI JALANKAN DI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP)

A. Bahagian Mekanikal Dan Pengeluaran· Mekanik Industri. Pemesinan Am · Pemesinan CNC · Pembuat Acuan dan Alat Pemotong · Pembuat Acuan Pembentuk· Teknologi Foundri· Kimpalan Arka dan Gas · Fabrikasi Logam · Pemasangan Paip Gas· Rekabentuk Produk Industri · Automotif · Kenderaan Berat Perdagangan · Kejuruteraan Jaminan Mutu · CADD Mekanikal

B. Bahagian Elektrikal Dan Elektronik· Jurueletrik · Penyejukbekuan & Penyamanan Udara · Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah - AO · Instrumen Perindustrian · Teknologi Elektronik Industri · Teknologi Telekomunikasi · Automasi Perindustrian

C. Bahagian Sivil Dan Bangunan· CADD Senibina · Binaan Bangunan Berasaskan Kayu · Binaan Bangunan · Paip & Sanitari · Teknologi Perabut · Diploma Teknologi Binaan

D. Bahagian Percetakan· Teknologi PercetakanE. Bahagian Bukan Logam· Teknologi Plastik · Teknologi Seramik

F. Bahagian Teknologi Maklumat· Teknologi Komputer (Sistem) · Teknologi Komputer (Rangkaian)· Teknologi Komputer (Pengaturcaraan)· Teknologi Komputer (Multimedia Interaktif)· Teknologi Komputer (Keselamatan

No comments:

Post a Comment