Thursday, April 16, 2009

PANDUAN MEMOHON KE MRSM


1. Cara memohon:

i- Pelajar Bumiputera Ting. 3 yang mendapat sekurang-kurang 6A 2B(A dalam Sc dan Math.) dan tiada gred C, D atau E dalam subjek teras dalam PMR.
ii- Markah yg. tinggi dalam UKKM.
iii- Pelajar perlu mengisi borang permohonan dan menduduki Ujian Kecenderungan Ke MRSM(UKKM)
iv.-Pelajar yang menuntut di sekolah SBP, SBPI & SMKA tidak layak memohon.

2. Syarat Permohonan

i- Pemohon yang mendapat sekurang-kurangnya C dalam subjek Math. & Sc dlm. peperiksaan Semester 1, Ting. 3 hendaklah datang ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan borang permohonan semasa penjualan borang.
ii- Pemohon hendaklah membawa salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak serta Keputusan Peperiksaan semester 1 Ting. 3 yang telah disahkan semasa membeli borang.
iii- Bayaran adalah sebanyak RM 10.00 (RM: Sepuluh Ringgit) tunai atau kiriman wang hendaklah dibuat dalam bentuk wang pos berpalang atas nama Majlis Amanah Rakyat [MARA].

Pelajar yang memohon akan dimaklumkan oleh PMN/PMD mengenai tarikh, masa dan tempat ujian.Kertas peperiksaan UKKM seperti berikut:-Matematik ( 50 soalan) 60 Minit Sains ( 50 soalan) 60 Minit Keperibadian (100 soalan) 30 Minit3.1- Ujian ini dijadualkan pada hari Sabtu selepas peperiksaan PMRSekira tiada jawapan sehingga 30 April pada tahun ini, permohonan dianggap tidak berjaya.
NOTA: MAKLUMAT BERKAITAN ALAMAT DAN NO.TEL MRSM, KURIKULAM MRSM DAN KEMUDAHAN DI MRSM SILA KE PAGE: BULAN MAC

No comments:

Post a Comment