Wednesday, May 13, 2009

PENDAFTARAN AHLI ALUMNI AKADEMI GADING















Adakah ini anda 5 tahun dulu. tetapi anda sekarang telah berjaya di dalam kerjaya masing-masing. Sekalung tahniah selepas anda berjuang dalam PMR dan SPM semasa di sekolah dan diperingkat universiti awam atau swasta.

Kini kami mempelawa warga Akademi Gading sejak tahun 2000 hingga 2008 menjadi ahli ALUMNI Akademi Gading atau lebih dikenali 2AG. Ia akan dilancarkan pada 24 hb. Mei ini sempena sambutan 9 tahun penubuhan Akademi Gading. Daftarlah sekarang dengan memberikan nama, alamat, no. telefon, pekerjaan, batch tahun?. emailkan maklumat anda ke azman_ahmadi@yahoo.com

Sunday, May 3, 2009

Panduan kemasukan ke IKBN

LATAR BELAKANG

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Belia telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1964. Matlamat awalnya adalah untuk menangani masalah pengangguran dengan menawarkan program latihan kemahiran di kalangan belia tercicir. Pada awal tahun 1990-an program latihan diperluaskan kepada usaha pembangunan sumber manusia iaitu melatih belia dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional untuk melahirkan tenaga mahir bagi keperluan sektor perindustrian negara.

Sehingga kini Kementerian Belia dan Sukan mempunyai 15 IKBN termasuk sebuah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN). Pembinaan IKBN membuktikan kesungguhan kerajaan menyediakan lebih banyak peluang latihan kemahiran kepada belia dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional selaras dengan keperluan tenaga mahir. Penambahan kursus dalam pelbagai bidang serta peningkatan tahap kemahiran mampu melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir.


MATLAMAT

ü Menyediakan peluang latihan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada belia lepasan sekolah.
ü Memberikan pendedahan keusahawanan dalam bidang kemahiran yang diperolehi.
ü Mengadakan program kepimpinan, kerohanian, dan kenegaraan bagi menerap / membentuk belia yang mempunyai jati diri unggul.


KONSEP LATIHAN

IKBN / IKTBN menjalankan konsep latihan bersepadu (Integrated Approach). Melalui sistem ini komponen latihan dijalankan secara serentak. Komponen latihan yang dilaksanakan :-

ü Latihan Kemahiran
ü Kepimpinan dan Ketatanegaraan
ü Keagamaan dan Kerohanian
ü Keusahawanan
ü Kawad
ü Sukan dan Rekreasi


SENARAI IKBN/IKTBN

1. IKBN PERETAK, SELANGOR
2. IKBN DUSUN TUA, SELANGOR
3. IKBN WAKAF TAPAI, TERENGGANU
4. IKBN JITRA, KEDAH
5. IKTBN SEPANG, SELANGOR
6. IKBN SERI ISKANDAR, PERAK
7. IKBN KUALA PERLIS, PERLIS
8. IKBN BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
9. IKBN CHEMBONG, NEGERI SEMBILAN
10. IKBN ALOR GAJAH, MELAKA
11. IKBN PAGOH, JOHOR
12. IKBN BACHOK, KELANTAN
13. IKBN MIRI, SARAWAK
14. IKBN KINARUT, SABAH
15. IKBN TEMERLOH, PAHANG
16. IKBN JELI
17. IKBN PEDU
18. IKBN KUALA LANGAT
19. IKBN BANDAR PENAWAR
20. IKBN KERTEH

BIDANG-BIDANG UTAMA

ü Teknologi Kejuruteraan Elektrikal
ü Teknologi Kejuruteraan Elektronik
ü Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
ü Teknologi Kejuruteraan Automotif
ü Teknologi Kejuruteraan Awam
ü Teknologi Kejuruteraan Marin
ü Teknologi Fotografi
ü Teknologi Maklumat
ü Teknologi Tekstil dan Apparel
ü Teknologi Makanan
ü Perkhidmatan Personal

PENGAMBILAN PELAJAR

ü Pengambilan pelajar diadakan dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai.
ü Iklan pengambilan disiarkan di akhbar-akhbar utama pada bulan Mac dan September.
ü Permohonan kemasukan dilaksanakan secara ‘online’ di laman web Kementerian Belia dan Sukan, www.kbs.gov.my.


KELAYAKAN MASUK

1. Warganegara Malaysia.
2. Berusia di antara 18 - 30 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurangnya tamat tingkatan 5. (Keutamaan adalah kepada calon yang lulus Bahasa Melayu, Sains dan Matematik diperingkat SPM/SPMV).
3. Belum pernah berkahwin
4. Berbadan sihat
5. Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah.
6. Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Kerajaan/Swasta. Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan.

* Tertakluk kepada syarat kursus dalam iklan pengambilan.

Thursday, April 16, 2009

PANDUAN MEMOHON KE MRSM


1. Cara memohon:

i- Pelajar Bumiputera Ting. 3 yang mendapat sekurang-kurang 6A 2B(A dalam Sc dan Math.) dan tiada gred C, D atau E dalam subjek teras dalam PMR.
ii- Markah yg. tinggi dalam UKKM.
iii- Pelajar perlu mengisi borang permohonan dan menduduki Ujian Kecenderungan Ke MRSM(UKKM)
iv.-Pelajar yang menuntut di sekolah SBP, SBPI & SMKA tidak layak memohon.

2. Syarat Permohonan

i- Pemohon yang mendapat sekurang-kurangnya C dalam subjek Math. & Sc dlm. peperiksaan Semester 1, Ting. 3 hendaklah datang ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan borang permohonan semasa penjualan borang.
ii- Pemohon hendaklah membawa salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak serta Keputusan Peperiksaan semester 1 Ting. 3 yang telah disahkan semasa membeli borang.
iii- Bayaran adalah sebanyak RM 10.00 (RM: Sepuluh Ringgit) tunai atau kiriman wang hendaklah dibuat dalam bentuk wang pos berpalang atas nama Majlis Amanah Rakyat [MARA].

Pelajar yang memohon akan dimaklumkan oleh PMN/PMD mengenai tarikh, masa dan tempat ujian.Kertas peperiksaan UKKM seperti berikut:-Matematik ( 50 soalan) 60 Minit Sains ( 50 soalan) 60 Minit Keperibadian (100 soalan) 30 Minit3.1- Ujian ini dijadualkan pada hari Sabtu selepas peperiksaan PMRSekira tiada jawapan sehingga 30 April pada tahun ini, permohonan dianggap tidak berjaya.
NOTA: MAKLUMAT BERKAITAN ALAMAT DAN NO.TEL MRSM, KURIKULAM MRSM DAN KEMUDAHAN DI MRSM SILA KE PAGE: BULAN MAC

Sunday, April 12, 2009

TERKINI - FIRST IN TOWN - PROGRAM SKOR A DAN TUTOR.COM













Akademi Gading buat pertama kali dalam sejarah penubuhan memperkenalkan Program Skor A dan Tutur.Com (Utusan) dalam sistem pembelajaran kami.

Pelajar peperiksaan iaitu PMR dan UPSR akan berpeluang mengikuti program ini iaitu diluar waktu class mereka sebagai salah satu pendekatan kami bagi memastikan kecemerlangan mereka dapat gilap seawal mungkin.

Ini kerana melalui sistem ini, kami dapat mengetahui pencapaian dan pengetahuan "chapter by chapter" mereka dalam masa beberapa "second" sahaja.

Ini kerana sistem ini menyediakan kemudahan penandaan kertas secara automatik dan mengenal pasti soalan-soalan yang dijawab salah dalam 1 masa.

Jangan ketinggalan mengikuti program kami ini. Selamat Menyertai Kami. Kejayaan anak anda Keutamaan Kami.





Saturday, April 11, 2009

AKTIVTII AKADEMI GADING - BULAN MAC 2009


Akademi Gading telah menganjurkan Bengkel UPSR 2009 bertema Analisis, Skema Pemarkahan dan Teknik Menjawab Kertas Mathematics dan Science 2009 pada 29 hb. Mac 2009 bertempat di Dewan SM Teknik Sungai Buloh.
Hampir 110 peserta menyertai program kami, terdiri calon-calon UPSR dari sekolah-sekolah sekitar Sungai Buloh, Kuala Selangor, Shah Alam dan Petaling Jaya. Turut menyertai dari Klang, seorang calon UPSR dari Negeri Sembilan dan Pahang.
Semoga peserta-peserta kami memperolehi manfaat dan ilmu berguna dari seminar kami.





KELAS SKOR A DI AKADEMI GADING

CALON UPSR DAN PMR 2009

DAPATKAN SEGERA PROGRAM SKOR A DI AKADEMI GADING

INTERNET DAN KOMPUTER DISEDIAKAN

BAYARAN: RM 100 SEBULAN

CLASS: 4 KALI SEMINGGU / 1 JAM 30 MINIT SETIAP SESSI

SETIAP CLASS/SESI : MAXIMUM PELAJAR 5 ORANG SAHAJA

JADUAL SEKOLAH RENDAH SESI 2009

TAHUN 3 & 4 (HARI: SABTU DAN AHAD)
MASA: SABTU: 3.30 - 5.45 PM AHAD: 11.30 AM - 1.00 PM
YURAN: RM 70 SEBULAN

TAHUN 1 & 2 (HARI: SABTU DAN AHAD)
MASA: SABTU: 2.00 - 3.30 PM AHAD: 10.00 - 11.30 AM
YURAN: RM 65 SEBULAN

MATAPELAJARAN: B. MELAYU, ENGLISH, MATHEMATICS, SCIENCE
PENDAFTARAN: RM10 SEKALI SAHAJA
NOTA DAN CLASS TUTOR.COM DAN SKOR A RM30 SETAHUN