Wednesday, May 13, 2009

PENDAFTARAN AHLI ALUMNI AKADEMI GADING















Adakah ini anda 5 tahun dulu. tetapi anda sekarang telah berjaya di dalam kerjaya masing-masing. Sekalung tahniah selepas anda berjuang dalam PMR dan SPM semasa di sekolah dan diperingkat universiti awam atau swasta.

Kini kami mempelawa warga Akademi Gading sejak tahun 2000 hingga 2008 menjadi ahli ALUMNI Akademi Gading atau lebih dikenali 2AG. Ia akan dilancarkan pada 24 hb. Mei ini sempena sambutan 9 tahun penubuhan Akademi Gading. Daftarlah sekarang dengan memberikan nama, alamat, no. telefon, pekerjaan, batch tahun?. emailkan maklumat anda ke azman_ahmadi@yahoo.com

Sunday, May 3, 2009

Panduan kemasukan ke IKBN

LATAR BELAKANG

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Belia telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1964. Matlamat awalnya adalah untuk menangani masalah pengangguran dengan menawarkan program latihan kemahiran di kalangan belia tercicir. Pada awal tahun 1990-an program latihan diperluaskan kepada usaha pembangunan sumber manusia iaitu melatih belia dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional untuk melahirkan tenaga mahir bagi keperluan sektor perindustrian negara.

Sehingga kini Kementerian Belia dan Sukan mempunyai 15 IKBN termasuk sebuah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN). Pembinaan IKBN membuktikan kesungguhan kerajaan menyediakan lebih banyak peluang latihan kemahiran kepada belia dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional selaras dengan keperluan tenaga mahir. Penambahan kursus dalam pelbagai bidang serta peningkatan tahap kemahiran mampu melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir.


MATLAMAT

ü Menyediakan peluang latihan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada belia lepasan sekolah.
ü Memberikan pendedahan keusahawanan dalam bidang kemahiran yang diperolehi.
ü Mengadakan program kepimpinan, kerohanian, dan kenegaraan bagi menerap / membentuk belia yang mempunyai jati diri unggul.


KONSEP LATIHAN

IKBN / IKTBN menjalankan konsep latihan bersepadu (Integrated Approach). Melalui sistem ini komponen latihan dijalankan secara serentak. Komponen latihan yang dilaksanakan :-

ü Latihan Kemahiran
ü Kepimpinan dan Ketatanegaraan
ü Keagamaan dan Kerohanian
ü Keusahawanan
ü Kawad
ü Sukan dan Rekreasi


SENARAI IKBN/IKTBN

1. IKBN PERETAK, SELANGOR
2. IKBN DUSUN TUA, SELANGOR
3. IKBN WAKAF TAPAI, TERENGGANU
4. IKBN JITRA, KEDAH
5. IKTBN SEPANG, SELANGOR
6. IKBN SERI ISKANDAR, PERAK
7. IKBN KUALA PERLIS, PERLIS
8. IKBN BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
9. IKBN CHEMBONG, NEGERI SEMBILAN
10. IKBN ALOR GAJAH, MELAKA
11. IKBN PAGOH, JOHOR
12. IKBN BACHOK, KELANTAN
13. IKBN MIRI, SARAWAK
14. IKBN KINARUT, SABAH
15. IKBN TEMERLOH, PAHANG
16. IKBN JELI
17. IKBN PEDU
18. IKBN KUALA LANGAT
19. IKBN BANDAR PENAWAR
20. IKBN KERTEH

BIDANG-BIDANG UTAMA

ü Teknologi Kejuruteraan Elektrikal
ü Teknologi Kejuruteraan Elektronik
ü Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
ü Teknologi Kejuruteraan Automotif
ü Teknologi Kejuruteraan Awam
ü Teknologi Kejuruteraan Marin
ü Teknologi Fotografi
ü Teknologi Maklumat
ü Teknologi Tekstil dan Apparel
ü Teknologi Makanan
ü Perkhidmatan Personal

PENGAMBILAN PELAJAR

ü Pengambilan pelajar diadakan dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai.
ü Iklan pengambilan disiarkan di akhbar-akhbar utama pada bulan Mac dan September.
ü Permohonan kemasukan dilaksanakan secara ‘online’ di laman web Kementerian Belia dan Sukan, www.kbs.gov.my.


KELAYAKAN MASUK

1. Warganegara Malaysia.
2. Berusia di antara 18 - 30 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurangnya tamat tingkatan 5. (Keutamaan adalah kepada calon yang lulus Bahasa Melayu, Sains dan Matematik diperingkat SPM/SPMV).
3. Belum pernah berkahwin
4. Berbadan sihat
5. Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah.
6. Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Kerajaan/Swasta. Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan.

* Tertakluk kepada syarat kursus dalam iklan pengambilan.